Monday, December 24, 2012

Day 4 - cuti-cuti Amarika - Grand Canyon

Day 4
Journey : Flagstaff, Arizona to Grand Canyon (back n forth)
Distance : 150 miles  (241 km back n forth)
Hours driving : 3 hours (back n forth)
Temperature : 1 C





Kali ni banyak sikit gambar.  Semua cantik-cantik taktahu nak pilih yang mana.
Layan...








Kiri kanan putih... semalam jakun hari ni dah tak larat tengok..







Check in to Grand Canyon National Park.
Yuran masuk usd25/car laku untuk 7 hari.
maka esok boleh datang lagi.. lusa boleh datang lagi.. tulat boleh datang lagi... tonggeng boleh datang lagi... sampai muntah.







Di visitor center.
Boleh drive sendiri atau naik shuttle bus FOC.
memandangkan we all belum makan, malas pula nak angkut mangkuk tingkat naik bas... kang ado yang muntah terbau asam pedas.







Viewpoint pertama kami singgah..... cantik tak terkata.
Grand Canon terbentuk sejak 70 juta tahun dahulu hasil dari pergerakan tanah dan kerahan gunung berapi.







Cuma kaktek terkejut sangat sebab selama ni beranggapan Grand Canyon tu panas. 
Dalam filem cerita orang sesat sampai mati dehydrated.  
Pokok sebijik pun tak tumbuh.

Tetapi tidak... dalam canyon memang takde pokok, bahagian atas sangat subur.

Lot parking di salah satu viewpoint.







Dalam perjalanan ke view point seterusnya.







Kaktek nak turun bawah tapi abe gapo tak bagi.
jatuh sah innalillah terus.








Tak ingat dari view point mana.
dengan kata lain, aktiviti tangkap gambar je selain hiking dan camping... tu pasal depa senang hati bagi tiket untuk 7 hari.   Sekali datang best ler.. esok datang lagi nak buat apa...






Viewpoint je ada safety railing.







Budak ni kena letak awal-awal atas batu nak elakkan mak bapak sakit jantung tengok dia melompat.






Dianggarkan lebih seratus orang mati di Grand Canyon kerana terjatuh, helikopter terhempas, pemanjat gunung, bunuh diri dan lain-lain.
Kematian yang tidak didaftarkan pasti lebih ramai lagi.

Tiap kali berhenti di view point, memang jenuhlah menjerit kat bebudak ni tak bagi melompat dekat sangat dengan railing.







Jangankan budak, kaktek pun boleh celus.







Lalalalaaa...







Maswik Lodge dalam park. Rate dalam usd100/room/2 adult.






Singgah souvenir shop sat.



Mengikut description next hotel di Las Vegas, internet nggak ada ya.... maka kaktek cuti update blog 2 hari.
Almaklum booking hotel cara bidding ala-ala beli tiket air asia.
Nampak murah terus confirm... tau-tau takdek internet pulak..
Maka melangoklah malam esok dan malam lusa....

eh lupa.. itukan bandar setan tak tidur malam... ngeh ngeh ngeh...... yok jimbaaa!!!!

8 comments:

hainom OKje said...

Wah macam wa yang pegi sana dah ni ... tak yah lagi penat2 nk bayak tiket tambang murah ke sana!ha..ha...

Oooo Kak Tek...tak yahlah le tutup muka yg lawa tu.... taulah muka tu mmg ohsem...he..he...

Dinas Aldi said...

Subhanallah, cantik! Tinggi plak tu, besssttt! Tapi bawak bebudak kecik, sesak napaih jugaklah nanti dia lompat2, adoih..Tu ghenyih sakan dok atas batu, comei la aih!
Selamat berjimba di bandar setan tak tidoq malam, kehkeh!

Shamsiah Abdul Rahman said...

Masya'Allah.. ya habibty.. ante sangat beruntung (baco ngan slang arab sikit yo)
Cantik gilos.. tp scary merry la. Kalau Sham, kompom dh jadi cam tarzan version Muslimah. 3 hero ni, 2 masih under x blh dikawal.

p/s;
Kalau Sham yg poei ni, kompom abih duit Cik Asben asyik boli fridge magnet jo.

ahkakbatik said...

tulah Nom.. kalau ko sampai sini pun tangkap gambo yg sama gak kan... haha...nntilah aku dh puas pakai korset, aku tunjuk muka yg gojes itew..




DA.. dak kecik tu ikut pangai sama ntah tiap kali bergambo muka merengih... nak kena suh tutup muka macam maknya gak kang.




Sham.. den tak pernah dengar pak arab betul ckp melayu... den imejin hang macam alibaba bujang lapok jelah...
memang cantik sgt tp tak puas sebab tak dpt dok lelama.. ngeri dok bayangkan ada yg tergelincir..

nor laila said...

as salam mesti kena singgah ni bila lagi nak menengok...

PatinPasta said...

Serious takjub tengok segala permandangan sana. Beyond cantik! Mesti seronok dapat tengok real depan mata kan? Best best best best!

ahkakbatik said...

Sila singgah Laila.. kongsi ciptaan Tuhan.



Aida... abeh... org tu je dok citer dia makang hangin... makang hangin bawak 4 beg ni somput!

~jeet~ said...

cantiknyee....subhanallah..!! kalau saya pergi takut saya excited nak terjun je...tapi serius cantik giler...

p/s: souvenir utk saya ada jugak kan...hehehehe.. :)