Sunday, December 30, 2012

Day 8 - cuti-cuti Amarika - misi mencari mickey..

Day 8
Journey : Hotel at Pico Riviera to Disneyland, Anaheim, California
Distance : 18 minit dari hotel...
Temperature : 12 C


Seperti yang sudah dijangka, kaktek pengsan pulang dari misi mencari Mickey.

Seawal jam 7.15 pagi sudah bertolak ke Disneyland.  Jangkaan kaktek, kawasan persekitaran macam grand gitu hasil dari tontonan media la kan.
Amarika macam moden, cantik, canggih sangat la kan.

Tapi ku sangka panas higga ke petang rupanya sejuk giler dan tak sempat panas pun... pagi dengan suhu 6C, jalanraya banyak kereta seperti highway MRR2, jumlah kereta yang banyak seperti keadaan di federal highway..., sekeliling yang nampak tak jauh beza dengan keadaan di klang valley.  Tak tipu.

Ala.. macam you all nak pi Zoo Negara lah.  Jalan-jalan hiway yang sibuk, tetiber nampak signboard Zoo.  Sebijik.


Tapi takpe.. sampai juga destinasinya mencari chenta buat si kecik.






Park buka jam 8 pagi, kereta masuk parking dah jem.
Yuran parking usd15, tiket masuk usd81 utk 3-9 thn dan usd87 utk kanak2 tua dan org tua.
Gaji dalam usd, harga tiket ni kira ok lah juga.... kalau convert gaji rm yg ciput dgn tiket beratus2 hengget, layan gambar jelah.

Ni depan small world castle.  Naik jugalah sampan walaupun abang2 nampak boring... dah bayar tiket kan... layannnn.....







Tahukah anda bahawa Disneyland di bina pada tahun 1955 di tanah seluas 160 ekar ini menampung kunjungan pengunjung seramai 40,000 ke 80,000 setiap HARI.


Sat kaktek tunjuk betapa crowdednya.. kita layan finding nemo dalam submarine.
Queue untuk submarine ni hampir 40 minit.



Kepala kaktek lentuk tu sempat lelap kejap... haha... 25 minit punya lama dalam submarine tu.
Cuaca sejuk di Grand Canyon dan Vegas buat kaktek dapat selsema.  Lepas telan ubat, lentuk ..



Haa...   orang ramai macam ni taktahu nak digambarkan dengan kata-kata... ni baru small portion tau.




Kalau mak kaktek kan, dia kata org ramai macam ulat taik.
Ulat putih2 yang selalu keluar dari tong sampah tu.  Dulu masa membesar di rumah flat dbkl, lori sampah datang beberapa hari sekali dan selalunya masa tu ulat2 tu dah berkeliaran keluar dari bilik sampah.

Heepp... balik citer misi mencari mickey... hehe..



Jam 9 baru Toon Town dibuka untuk pengunjung.
Kawasan yang sangat digemari anak-anak peminat kartun Disney channel.






Happy doh.







TADAAAA........




Haris happy sangat... tersimpul-simpul senyum bila nampak Mickey.
Dia kenal sangat-sangat dengan Mickey maka dia perasan Mickey kenal dia juga... hahahaaa..
Sebelum bergambar ni kena queue 20 minit dulu.
Menjelang tengahari, queue ambik masa 40 minit.



Bagi chan dia posing puas-puas dalam rumah Mickey.  Setiap bilik dan sudut dia posing.






Setiap reka bentuk memang sangat terperinci dan menarik.
Warna-warna dan idea yang sangat kreatif.
Yelah... cubat sat kira yuran usd81-87 kali 50,000 pengunjung sehari ?
Untung gila kan.... banyak modallah nak buat cantik2..



Fire House..








Di belakang fire house.
Kami antara yang terawal masuk toon town jadi masa ni belum ramai orang.
Setengah jam lepas tu, jalanraya pun tak nampak.






Selain Toon town, ada banyak bahagian lain seperyi Pirate of Caribbean, Tomorrow land, Critter Country, Fantasyland dan lain-lain.  Malas dah snap gambar sebab asal snap,  permandangan tertutup dengan dengan berpuluh2 kepala orang



Game-game pun bolehlah tahan banyak dan menarik.




Dengan kata lain. kurang lebih Genting Highland je.
Queue di genting jauh lagi pendek.  

Banyak game yang kami tak sempat cover sebab tak larat nak beratur.  
Queuenya boleh tahan laju tapi disebabkan jumlah pengunjung sebegitu ramai, tiada tempat yang boleh dapat queue yang pendek.
Kami balik hotel jam 8 malam walaupun park utup jam 12 sebab serius masing2 dah tak larat angkat kaki.
Perut pun lapar sebab bawak bekal lauk frozen (lagi... huhu) untuk lunch saja.  Itupun makanan tak boleh bawak masuk park maka keluar ke parking sekejap untuk solat sekali.


Promo yang amat bagus membuatkan taman tema ini menjadi pusat tarikan pengunjung seluruh dunia.
Keronokan versus nak pengsan queue, toleh-toleh belakang takut hilang anak, kaki rasa nak patah berjalan, perut rasa lapar gila menjelang petang...... emmm jika diberi tiket percuma pun kaktek takmau pergi dah.

Tapi kalau tiket tu termasuk flight ticket, hotel dan makan... heh heh... den ambik ler....

6 comments:

Shamsiah Abdul Rahman said...

Kak Tekkkkkk.. (sila baca dgn nada manja)
Sham tumpang lalu yaaaa..

nor laila said...

as salam Linda, tak sama la tengok gambar dalam fb dengan dalam blog ni...dalam blog ni nampak jelas sangat...lagi cantik la...

ahkakbatik said...

ye Sham. sila lalu.. sini takdek gambo makanan.



laila.. sini boleh x-large kan saiz gambar. dah khatam godek blogspot?

PatinPasta said...

Kak Tek,
Mana gambor Kak Tek cumbuan dengan si Mickey? Ahaks!

Ye ke Cik Mat je senyum simpul jumpa Mickey? Kalo ada beg doraemon, entah ke dah lama si Mickey tu disumbat dalam handbag Kak Tek :D

Sesak gila ek Disney sana. Memang macam ulat taik sungguh. Haha! Disney Paris tak sesak gitu (time tu la), so banyak mende/games jugak la kome sempat layan.

ahkakbatik said...

ello Aida laling.. itu doreamon katun jepun tak masuk amarika. org amarika tak pandang ke timur... haha.
gambo ktek bercumbu dgn mickey ado bawah bantal.

french/european ni rasa depa bagus.. tu pasai depa tak suka agungkan american dan produk2 nya..

hainom OKje said...

Budak budak memang seronok ni....tu yg malas tu nak mengqueue...alahai tengok gambar aje le...