Thursday, December 27, 2012

Day 7 - cuti-cuti Amarika - California aku datang!

Day 7
Journey : Las Vegas, Nevada to Los Angeles, California
Distance : 262 miles (420 km)
Hours driving : 4 hours became 6 (traffic jam)
Temperature : 12 C







Hari ni badan rasa penat sangat.  Kepala mula sakit.  
Mugkin sebab jet lag... haha.. 2 jam jet lag.
Perjalanan dimulakan agak lewat sebab ingatkan sampai awal sangat nanti tak boleh check in hotel.
Rupa2 nya..... kereta punyalah banyak pergi dan balik Las Vegas - California.
Yang raya di Vegas nak balik California dan yang habis raya di California, serang Vegas.


Di serang ribut pasir.







Adalah dalam 20 km jalan macam siput.. rupa2 ada agricultural inspection.
Menatang apa agricultural inspection tu sampai habis kaktek taktau sebab takde kereta kena tahan pun.







Ohya, California takde signboard welkam ... tau-tau gps tunjuk dah masuk kawasan.

Melepasi inspection, seberang jalan pun jem untuk 20 km kebelakang.
Dan jalanraya penuh dengan kereta sepanjang-panjang 420 km tu.  Tak tipu.






Masuk California masih banyak guunug tapi gunung kaler hijau dan mukabumi tinggi rendah.
Cantik.






Hadoi... rasa macam di Malaysia...
Walaupun winter, rumput tak mati dan pokok tak togel.







Sejak tinggal di Texas yg kering kontang, pokok2 dalam bandar ni bagi kaktek adalah pemandangan yang sangat2 lah cantik....
Perumahan pun ada iras perumahan di Malaysia.







Hotel pun macam Hotel Malaysia ...



Plan nak ke Walk of Fame di Hollywood Boulevard terpaksa dibatalkan sebab drebar pun kepenatan.

Kalau esok takde entri baru, maknanya kaktek pengsan lepas seharian bercumbu dengan mickey mouse.

4 comments:

Dinas Aldi said...

Tu dia trefik jemmm! Grand Canyon cantik cara dia, Vegas cantik cara dia, ni California pun cantik jugak dengan cara dia. I like.

Lepas hilang penat bercumbu dengan Miki Maus tu, update la naa, kihkih..

hainom OKje said...

Kak Tek... oh Kak Tek... oh memang pengsan ni! he..he..

PatinPasta said...

Tuh dia, jam gila! Tengok pon dah tumpang stress sekali.

Tak baik tau Kak Tek bercumbu dengan Mickey Mouse.. dia kan dah ada bini. Haish!

ahkakbatik said...

DA.. habeh dah bercumbu.. angaunya lambat sket ilang... heh heh..



Nom kelmarin ngan semalam mmg pengsan. hari ni otw balik, lolap je lam keta.



Adik Aida... mickey tu jantan... leh pasang lagi 3.... heh heh heh..