Thursday, January 10, 2013

Google Analytic.... cubalah try test !

Setiap penulis blog mesti terfikir siapa yang singgah baca tulisannya kan?
Berapa ramai yang singgah?
Apa yang best dalam blog anda membuatkan mereka singgah?
Apa yang tak best menyebabkan mereka terus tak singgah-singgah sampai ke sudah?..

Bohonglah kata tak kisah.
Tak berapa kisah tu mungkin.
Tak kisah langsung tu tak lojik.

Ikut review, feedjit traffic live antara yang boleh dipercayai....
walaupun lokasi boleh ditukar, trafficnya tidak boleh tipu.
Jenuhlah pula nak kira berapa ramai yang singgah melalui traffic live.
Blogspot ada menyatakan berapa kali pageview sehari.
Rasa-rasa boleh percaya?

Ada artikel menyatakan html counter, easy counter, awstat dan sebagainya tidak berapa tepat kerana mengambil kira pageview yang dibuat oleh tuan punya blog sekali.
Kalau kaktek update entry dan buat editing 100 kali, 100 kalilah kaunter kaktek naik.
Kalau kaktek jengok blog 100 kali sehari, naik lagi 100 nombor.
Itu belum kome-kome kelik tolong naikkan lagi sehari berkali-kali.
Ataupun suruh anak2 mpatbelas ni kelik refresh banyak kali sehari untuk naikkan kaunter ibu... ngeh.

Dan paling banyak adalah system automated yang masuk ke page kita untuk search engine mereka.
Dengan kata lain, system automated ni semestinya bukan dari tangan manusia dan sudah tentu juga traffic dari spam url seperti zombiestat, uglystat, adsensewatchdog dan banyak lagi.

Tak banyak research yang dapat dibuat sebab tiada yang dapat memberi jawapan tepat.
Tetapi.. kaktek suka guna Google Analytic ni yang kaktek jumpa awal tahun ni.


Katanya system ini menolak pageview yang dibuat oleh tuan punya blog.
Menolak pageview yang dibuat berkali-kali dari ip tetamu yang sama pada hari yang sama.
Menolak kiraan pageview dari system automated.
hasilnya tentulah tidak banyak tetapi kaktek rasa sangat lojik berbanding kiraan easycounter kaktek.
Yelah.. kaunter tiap hari naik beratus.. tapi yang beromen bagi komen 2-3 kerat.


Almaklum.. siapalah kita.... tidak secomei Hanis Zalikha.., tiada gossip retis Beautifulnara.., tidak segeniyus Cet Det, tidak pernah bertunang dengan penjaga gol Kelantan... haha.


Ada banyak cara nak install Google Analytic di blog anda ..... sila kelik. (kelikan ni tidak menolong menambah kaunter kaktek)

credit image from bloggersentral.com


Malas nak cerita dengan lengkap... sila ke sana yea.

Mungkin ada cara untuk memasukkan analysis ini kedalam blogspot anda tapi kaktek teraba-raba lagi.
Maka untuk mengetahui statistic terkini, harus sign in kedalam akaun 24 jam selepas buka akaun.
Statistic boleh dilihat dalam seminggu, sehari malah juga dalam sejam.







Dan amat memeranjatkan blog ini pernah diterjah seramai ini pada 3hb yang lepas.




Satu hari tu je yang ramai.... hari lain angka jatuh menjunam..

Kita research lah lagi kenapa hari tu tersangat ramai yang singgah....

emm... tajuk entry hari tu adalah "tolonglah bu... bah dah tak tahan..."

Hampeh ler kome ni.. asal tajuk berahi cepat je nak kelik.
dan mesti berbakul kaktek kena sumpah hari tu...

Dengan tajuk entry hari ni, pasti statistic jatuh menjunam lagi.

18 comments:

Unknown said...

as salam, singgah sini...walaupun tak ada nak komen apa-apa sebab aku memang belum lagi nak mendalami ilmu blog ni...dapat info daripada Linda pun ok

ahkakbatik said...

waalaikumsalam laila. laila baru lagi.. godek sikit2 ilmu blog ni.. lg faham lg menambah minat..

zdiana said...

betullah kak.. tajuk pelik sikit mesti ramai yg singgah... hehehe... lama tul tak jengah sini... sjk berukband wat hal...

ahkakbatik said...

yelah zdiana.. kaktek pun tatau hang pernah jengah sini dulu.. hahahaa...
next time tuko monkeyband pulak..

blu4sky said...

salam kakteh,
hahaha...biasalah kalau tajuk alah-alah 18sx confirm mencacak naik traffic.. kikiki...

~jeet~ said...

kak tek letak la tajuk 'cik mat main guli' pon saya kelik jugak...hehehehe...

err....cik mat tau ke guli tu apa..? ;p

ahkakbatik said...

blu4sky.. ktek pun laju je kelik kalau nampak tajuk cenggitu... oppss!!



dik jeet... oleh kerana cik mat tak kenai guli maka belum keluar tajuk seperti itu yea... hahahahaaaa...

Unknown said...

Nak kena menuntut dgn Kak Tek la..
Sham x pandai nak buat tajuk jenis propa ni.. minah skima la katakan..

hew hew..

p/s;
Org tua kena lebih bersopan kekdahnya..

harnidahussin said...

ehh..tak perasan pulak bila ada tajuk kak tek berunsur itu yer...ermmm...

otakku masih suci murni lagi rupanya kot...muahahahaha

Mak Piah said...

Kak Tek:

mestilah pedulik sapa singgah di blog. Terutama yang kekomen. Atleast tak rasa cam cakap dengan diri sendirik.

...duk kebel kebel ngk mende yang Kak Tek cakap nih.

kekandamu.
x MP

Dinas Aldi said...

Cek pun tak tau berapa orang dok ketik2 blog cek tu, pakai dok tengok blog stats ja, betoi ka tidak pun tak tau. Nak check dengan lebih mendalam pun malu pasai konpem blog cek tu tak fofuler :D

CS said...

AB
Blog orang Melayu yg menetap diluar negara selalunya punyai ramai peminat. Lebih2 lagi kalau partner blogger berbangsa asing tak kira omputih atau pun Jawa, ahaks.



ahkakbatik said...

Sham... takleh jadi guru la.. den dah insap la ni... hikhik..



Aida.. elele.. bukan tu hari traffic dr blog hang yg 1st sampai dulu? ^_^



kadinda MP yg ngaku kanda tapi den tak caya. letihla kan cakap sengsorang takde org baca... letih gak cakap sengsorang ramai yg baca tapi depa tetap tak kata apa... sah terkebil-kebil je... huhu...



ele Dinas... ramai yg beromen kt kotak romen hang tu... fofuler tu.... awat sejak bukak skolah dh malas hapdet? amboi.. dh cukup kasih sayang ka... tak macam kita.. haha..



CS... ado yg dok msia ramai peminat kalau pandai masak-masak. kalau masakan masih tangkap gambo guna kamera cap ayam macam CS, lambat ler naik konter.. ihik.

Real Life in Malaysia said...

Assalamualaikum kaktek ...

... tapi yang beromen bagi komen 2-3 kerat ...

nak gelak besar ... tutup mulut macam kaktek ...

membaca lebih mudah dari menulis ... so we salute you yang sangat gigih menulis ... :)

ahkakbatik said...

waalaikumsalam RLIM..
menulis kalau malu-malu kucen, idea tak abes keluar...
oleh sebab tulisan takde malu, tu pasai muka tak pernah tunjuk... hihihiii..

OKje said...

Ho....ho... dalam banyak perkataan dalam entri ko kali ni...aku tersimpul malu ( macam anak dara makk!!)dengan satu satunya perkataan yg ko salah type tu...... Aku memahami Tek... sebab ko hanya jumpa 'abe gapo' seminggu sekali! ha...ha..

ahkakbatik said...

cepat je ko paham Nom... macam expert!! (aku tolak balik baton kt ko..hahahaa)

fredd said...

tajuk memainkan peranan penting haha