Wednesday, January 2, 2013

romantika d' Alamo..

Epi new year...
lupa nak wish semalam... almaklum tahun baru geogorian ka.. tahun baru cina ka... sama je bagi kaktek.... azam takde.
Cuma azam nak balik terus tahun ni dah lama buat, abe gapo tengah update resume, ada rezeki... balik.
Sesungguhnya kita hanya merancang dan penentuan di tangan Dia.


Kita sambung citer-citer makan angin walaupun dah basi sebab takde citer baru.
Budak-budk masih dalam winter holiday hingga hujung minggu manakala abe gapo dah habis cuti 2012 dan akan kembali bertugas esok pagi di Arkansas.

Iyer.. kaktek lupa beritahu sudah 4 purnama abe gapo mengendalikan projek di Arkansas yang terletak di 325 miles (4.5 jam perjalanan memandu) dari sini.

ececeh.. maca sedap je guna ayat "mengendalikan projek".. bunyi macam bos besar ye dak... ekeke...
dia kuli je... bos suh pi sana jaga projek...
tiap hujung minggu dia balik menapau lauk frozen untuk seminggu depannya.


Kali ni citer rombongan lawatan sambil belajar membawa ibu mertua ke The Alamo, San Antonio Texas pada bulan October yang lepas.
Time kaktek lemau menghapdet entry tu.

Perjalanan mengambil masa 3.5 jam.





Ala-ala sejarah Kota Melaka gitu.





The Alama terbina pada tahun 1836 ketika kerajaan Mexico cuba mepertahankan penjajahan  Amarika di atas tanah mereka.  Menang kalah menang kalah.... akhirnya seperti yang sedia maklum, Texas sudah berada di dalam tangan Amarika.

Kalau lihat perangai Amarika sekarang yang suka pi serbu negara orang... haa... depa dari azali memang cenggitu.  Takyah heran lah ek.

Depan kota Alama yang telah mengorbankan beratus nyawa.






Meriam kota Melawati..  cuma kami tak pernah sampai Kota Melawati.






Wax museum di kawasan tarikan pelancong depan kota Alamo.
Di lobby je.... tak pernah masuk mana-mana wax museum sejak kena beli tiket lebih dari sekeping.  Mahei...







Signboard sempoi macam di Malaysia pun ada di sini...








Ini bukan hasil pertempuran The Alamo...
Ni belakang rumah baru perasan pagi ni.
Tiang basketball tu seberat hampir 40kg dah 2 kali tumbang kerana angin kencang.




Belakang rumah dengan kawasan sebesar itu?  kayanya orang makan ayam hari-hari ni yea...
oh tidak... Amarika ni besar... tanah Texas banyak yang belum di jelajahi maka rumah banglo-banglo ni biasa je.  
Jiran keliling adalah plumber, nurse, drebar public bus, cashier kedai.. ...
tu sebab masa kaktek pindah sini, depa hengat abe gapo tu waiter restoren je... .

7 comments:

Unknown said...

Kak Tek,
Kalaulah belakang rumah Sham luas mcm ni, mau gigih umah Sham jadi port melepak tiap minggu.
Maklum sahaja lah, nak sewa villa tak mampu.
So duk umah xda tanah je la..

Dinas Aldi said...

Kencang sungguh la angin sampai terbalik tiang tu na.
Jauh jugak abe gapo kaktek dok travel pi balik pi balik tu. Takpa, dah gitu jalan rezekinya. Saya terbayang lauk frozen yg kaktek bawak masa cuti haritu :)

Anonymous said...

menyusuri jejak-jejak,
membawa kenangan silam,
tahun semalam yang terbatal,
mungkin tahun ini.


terimas dik.

-tp-

ahkakbatik said...

Sham... kalau backyard waiter restoren cenggini.. lom tengok backyard manager restoren... hahahaa..



Dinas.. kalau dok msia memang takleh bayagkan drive 10-11 jam direct.. dr kl mesti dh sampai tanah jawa tu.
org sini semua hardcore driver.. tu pasal cc keta 3.5 tu normallah.



kak TP.... ada plan nak mai ka? BM saya dulu cukup makan.. fail tang puisi...

OKje said...

Ha..ha.... janji banglow... mak duduk!...
yelah depa semua gaji besau kot Linda... apa tah lagi gaji yg dianggap waiter retoren tu...hu..hu..

ahkakbatik said...

gaji tak besau Nom... cuma memang takde rumah flat. keta murah.. barang makan murah.. tu pasal org mesia salu hengat dok obesi ni kaya... err.. kayalah sikit dr dok mesia pun.. hehehee...

Unknown said...

singgah sini..tak ada nak komen apa pun...