Thursday, September 8, 2011

doa buat Syafie...

Besar sungguh ujian yang diturunkan buat keluarga ini.....
yang tinggal di sebuah ladang di kaufman tempat kaktek balik kampung tempoh hari...
jika sebelum puasa kaktek bercerita mengenai Najeb berumur 7 tahun yang menghadapi kegagalan berfungsi kedua-dua buah pinggang...
kini abangnya Syafie pula....

baru berusia 9 tahun...
dimasukkan ke ICU Jumaat lepas selepas darah keluar dari hidungnya tak berhenti-henti..

anak ini.....
dan adiknya....
akan menghabiskan usia dengan bantuan mesin dialysis sehingga ke akhir hayat jika tiada penderma.. 


Syafie di rumahnya... (kredit gambar dari fb ibunya)




Kata orang...

jangan diminta dijauhkan ujian...
tapi lebih baik mintalah diberi kekuatan menghadapi ujian-ujianNya...
kerana ujian itu penghapus dosa...
dan pahala besar jika kita redha mengahadapinya........

(kata2 kaktek susun sendiri... kalau salah, mintak maap)


Ibunya yang masih kepenatan menguruskan Najeb yang baru keluar hospital 2 minggu sebelum raya dan menguruskan rawatan dialysis 12 jam sehari setiap hari di rumah, kini berdepan dengan satu lagi ujian..

Menurut doktor, puncanya adalah genetik.  Seluruh keluarga bakal di uji sebagai pencegahan lebih-lebih lagi mereka punyai anak kecil berusia setahun yang berdepan dengan risiko penyakit yang sama.

Berat mata memandang,
berat telinga mendengar,
berat kepala memikir,
berat lagi bahu yang memikul...



Syafie berbaju merah di rumah kaktek ketika acara pecah rumah seminggu sebelum puasa.... sehari selepas adiknya dimasukkan ke ICU.





Ibu Syafie warganegara Malaysia berdarah melayu-kemboja...
bapa Syafie warganegara Amerika berdarah kemboja.
Syafie dan Najeb adalah anak ke 3 dan 4 dari 5 beradik...


Bapanya baru diberhentikan kerja kerana down-sizing dan mungkin juga kerana cuti panjang yang di ambil menjaga Najeb di hospital....
kini bergantung belanja dari unemployment benefit...


Alhamdulillah keluarga2 Melayu dan rakan-rakan amat prihatin terhadap nasib keluarga ini....

Doa buat keluarga ini moga dipermudahkan urusan mereka dan insyaAllah ganjaran besar menanti atas kesabaran menghadapi ujian Nya....


Ujian Nya turun dalam pelbagai bentuk....
anak-anak yang sihat tetapi nakal...
anak-anak yang menurut kata tetapi tidak sihat....
tiada masalah kewangan, suami buat hal....
suami yang baik, mertua banyak songel....
semua dah ok, jiran pulak hampeh...


Tuhan turunkan ujian kerana Dia tahu kita kuat untuk menghadapinya.....
jangan terdetik untuk mengeluh kerana ujian orang lain jauh lebih berat dari ujian untuk kita....

12 comments:

Anonymous said...

ASSALAMUALAIKUM..

semoga adik syafie & najeb segera sembuh..

sangat terkesan apa yg akk tulis ni..
mohon share dgn kawan2..

terima kasih

ZZ

ahkakbatik said...

waalaikumsalam ZZ...

terima kasih sudi baca... silakan share susunan ayat yg tak seberapa... dan bersama2 kaktek doakan untuk mereka yea.....

Anonymous said...

lepas satu, satu lagi dugaan utk keluarga mereka ya. Mereka pasti tabah menghadapi dugaan ini. Kalau kita jirannya memahami, mereka tentu lebih berterima kasih.

Ayat susunan kak tek ada betulnya.

Azian

~jeet~ said...

sebak pagi2 dah baca update kisah dorang, moga Allah bagi kekuatan kat family tu utk tabah hadapi ujiannya,

buat kita fikir balik, apa sgtla ujian yang kita dapat, sampai kdg2 kita lupa bersyukur, thanks for sharing kak tek!!

dieya said...

sangat menginsafkan..
betul laa kaktek, ujian Allah dtg dlm pelbagai bentuk. mcm jeet ckp, satu peringatan utk sentiasa bersyukur dgn apa yg kita ada.
semoga keluarga najib & syafie terus tabah.

Erin said...
This comment has been removed by the author.
Erin said...

Semoga Allah ringankan beban keluarga Najeb & dikurniakan kekuatan utk menghadapi ujianNya...ameen

PatinPasta said...

Doa buat Syafie, Najib dan keluarga supaya kuat dengan ujianNya.

And betul, dugaan dan probs datang dalam pelbagai bentuk. Apa-apa pon, kena bersyukur.

ahkakbatik said...

Azian, ujian ni buat jiran2 dn kawan2 juga.... memang rasa tempias.
InsyaAllah sokongan yg kuat dari org2 disekelilingnya.




jeet... you're welcome jeet.... kaktek tukang nyampaikan cerita orang... moga semua terkesan...




betullah Dieya, ujian untuk mereka yg dekat dgn kita moga kita ambil iktibar... secara tak langsung peringatan untuk kita juga...




Thanks Erin sudi singgah... sama2 kita berdoa yea... terima kasih lagi...




Yea Aida kicap indo yg tak best...
sangat bersyukur dan nikmat depan mata....

Maya Marisa said...

sayu nyer dengar cerita kak tek nie.
we always pray for the best utk anakX2 kita. tapi banyak mana doa pun, kalau Allah tu kata kun fayakun, kita pun kena la redha. hope the family is strong and brave to swim through the obstacles. dan mogaX2 di permudah kan urusan

somuffins said...

Semalam dah baca tulisan AB yang sangat menyentuh perasaan, terus tak reti nak komen.

If only kita boleh pilih jenis dugaan yg mampu kita tanggung; tapi tak boleh sbb Allah lebih mengetahui.

ahkakbatik said...

Maya.... betul Maya... kita nak sempurna semua perkara tapi Tuhan lebih tahu...
famili najeb dan syafie takde pilihan lain... moga mereka terus kuat..




CS.. masa tu saya tulis dari hati... tak sangka ramai yg terkesan...
owh.. sensitif juga jiwa saya yea...
doa sentiasa mereka tabah... esok nak pi visit.