Tuesday, August 2, 2011

hospital and dallas day out....

Oleh sebab minggu ni adalah dinasihatkan agar penduduk Texas mengurangkan aktiviti diluar rumah kerana cuaca mencecah 109F atau 43C.....
maka kaktek pun mengambil kesempatan ini mengurangkan aktiviti berkata-kata kerana mahu menjimatkan air liur....
maka tepek menepek sajalah kiranya....



Aktiviti Ahad lepas.... Dallas day out..
hi-way ala-ala MR2 je... Dallas macam bandar koboi banding Plano yang lebih tersusun ....







Dallas Children medical Hospital...







Najib yang masih terlantar akibat kegagalan kedua-dua buah pinggang.
Hari ni akan menjalani pembedahan membuat saluran di perut agar ibu bapanya boleh membuat dialysis di rumah.

Dialysis di rumah bukan pakai mesen, cecair chemical akan dimasukkan mengikut saluran perut...
ala-ala air di campur iodin untuk proses pembersihan air tu la.... (agak kaktek ler sebab dulu kimia SPM cecukup makan je...)







Budak-budak ni menghabiskan reta hospital...







Jangan tak percaya.... di hallway hospital ada ucapan Happy Ramadhan lagi.... kalau kat mesia dah keluar ucapan hari raya....







On the way balik...
Speed limit, traffic light dan solar panel..... hujan waktu summer 6-8 bulan sekali kan...







Menghala ke plano banyak transformers ni.... scanner pengutip tol. Katanya kalau takde sticker, bil akan hantar ke rumah mengikut alamat plat kereta ... dah sebulan kaktek keluar masuk tapi belum dapat apa-apa....
kang aku tengah rilek-rilek, datang bil bagi aku sakit jantung.







Harga petrol yang bertukar hampir setiap hari..... takde kecoh2 dalam sokkabo... nak naik ka.. nak turun ka... sukati depa...
pandai-pandailah cari stesyen yang tawar harga rendah.





Uhm... habis jugak air liur pagi-pagi ni.... kita minum dulu...... ngeh.

7 comments:

Madam Sooyaree said...

Oh camtu sistem tol nye.. Hari tu kitorang tercarik carik jugak, mana la kaunter tol, hahahaha

harnidahussin said...

hebat satu tiang ada banyak item....sgt effective...

tol tu pun best..takdaklah jam macam kl ni...

~jeet~ said...

harga minyak? no comment, orang mesia je tak tau bersyukur ngan subsidi...penat orang minyak cam saya nak explain, xnak gak paham2...

selamat berpuasa!! ;)

Otai Kayo Lemon said...

yo batek, eh assalamualaikum Puan Batek.

anak den dah selamat sampai Fort Worth semalam. err saja bg tahu.

ahkakbatik said...

nurul...hahahaaa... akak bayangkan kalau mesia buat camtu sah org demo jalanan tak cukup kerja..



nida... ni hasil county yg kaya.... county sempoi serabai gak tiangnya.. macam kalau kita kaya kita pun beli gak cincin berlian...(???)



tulah jeet... kita beli minyak sama in USD... org kita sibuk kata jgn convert bagai... mana boleh...(kaktek pun baru tau...dulu tak syukur gak...ihik..)



Otai... saya tinggai msg kt blog otai... suh dia contact saya ek... nanti saya blanjer dia roti canai segera..

PatinPasta said...

Kak Tek,
So kalo saya pinjam keta Kak Tek and lalu kat toll tu, bill akan sampai ke rumah Kak Tek la ek? BAGUS! Nak pinjam, buleh?

ahkakbatik said...

err Aida.. kaktek buat-buat tak nampak komen ko kali ni boleh?